- JBS Kelantan
- Hits: 20
Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Kelantan Sidang 1, Penggal Ke-35 Sesi 2025–2026
- JBS Kelantan
- Hits: 20
MACHANG, 1 OKTOBER 2025 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Kelantan Sidang 1 bagi Penggal ke-35 sesi 2025–2026 telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya di Dewan Sri Makmur 1, H Elite Design Hotel, Kota Bharu.
Persidangan ini telah dipengerusikan bersama oleh YB Zamakhshari bin Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan serta YBrs. Encik Jasri bin Kasim, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan. Turut hadir memeriahkan dan menyumbang dalam sesi perbincangan ialah YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, dan Encik Khairul Azhar bin Kamaruzaman, Presiden Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK).
Encik Mohd Zul Izudin bin Samat turut hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang, menunjukkan penglibatan aktif wakil daerah dalam membawa isu dan aspirasi belia di peringkat akar umbi ke meja rundingan negeri.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara
