- JBS Kelantan
- Hits: 21
Pasukan Sepak Takraw Machang Harumkan Nama Kelantan Di Persada Nasional
- JBS Kelantan
- Hits: 21
MACHANG, 1 OKTOBER 2025 – Pasukan sepak takraw Daerah Machang telah mengharumkan nama negeri Kelantan apabila berjaya meraih naib juara dalam Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2025, yang telah berlangsung di Sports Arena @ UNITEN, Kampus Putrajaya pada 26 hingga 28 September 2025.
Kejohanan berprestij ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir memberikan sokongan padu kepada kontinjen Kelantan ialah YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YBrs. Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK serta Encik Mohamad Fadzil bin Che Daud, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan JBSNK.
Pasukan dari Machang yang mewakili Kelantan ini telah mempamerkan semangat juang tinggi dan persembahan mantap sepanjang kejohanan, sekali gus menempatkan diri dalam kelompok terbaik peringkat kebangsaan. Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang, turut hadir bagi memberikan sokongan moral serta mengiringi pasukan sepanjang kejohanan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara
