Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Machang Siri 5/2025

MACHANG, 1 OKTOBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah berjaya menganjurkan Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Machang Siri 5/2025 yang berlangsung di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bestari Machang pada 25 September 2025.

Program ini telah menghimpunkan seramai 50 orang warga emas dari sekitar daerah Machang dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat, aktif dan sejahtera dalam kalangan komuniti emas. Antara pengisian utama program ialah senaman detox yang menyasarkan kecergasan dan kesihatan fizikal, di samping pemeriksaan kesihatan percuma yang dikendalikan oleh pasukan KOSPEN Kampung Kolam Abu.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Siti Azura, yang telah sudi merasmikan program ini bersama-sama dua orang pegawai daripada PBSD Machang. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen berterusan pihak PBSD dalam memperkasa kesejahteraan warga emas melalui program-program berbentuk kesihatan, sukan dan rekreasi.
Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan PBSD Machang dalam mendekati komuniti melalui penglibatan aktif dan sihat, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk membina masyarakat Malaysia yang sihat dan bersatu padu merentas usia.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search