Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Machang Siri 4/2025

MACHANG, 1 OKTOBER 2025 – Seramai 40 orang warga emas dari sekitar daerah Machang telah menyertai Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Machang Siri4/2025 yang berlangsung dengan jayanya di Bukit Remah, Tanah Merah pada 23 September 2025.

Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bestari Machang, sebagai usaha memperkasa gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga emas.

Antara pengisian utama program ialah aktiviti pendakian Bukit Remah, yang bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal, kesihatan mental dan interaksi sosial dalam kalangan peserta. Aktiviti ini turut memberikan peluang kepada peserta untuk menikmati keindahan alam sambil bersenam secara santai dan selamat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Siti Azura, yang turut hadir bersama dua orang pegawai daripada PBSD Machang. Program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif yang menyasarkan kesejahteraan warga emas di peringkat akar umbi, sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkasa komuniti melalui pendekatan holistik dan inklusif.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
JBSNegara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search