- JBS Kelantan
- Hits: 28
Mesyuarat Penyelarasan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Daerah Gua Musang
- JBS Kelantan
- Hits: 28
GUA MUSANG, 6 Oktober 2025 – Mesyuarat penyelarasan bagi penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Daerah Gua Musang telah diadakan pada 1 Oktober 2025 bagi membincangkan persiapan akhir sebelum pelaksanaan program yang akan berlangsung pada 11 Oktober 2025 bertempat di G-Orange Gua Musang.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Mohd Syahbuddin bin Hashim, ADUN Galas, yang turut menekankan kepentingan penglibatan semua agensi dan pertubuhan belia dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Hari Sukan Negara di peringkat daerah.
Program Hari Sukan Negara kali ini dijangka berlangsung dengan penuh meriah dan melibatkan pelbagai aktiviti menarik seperti E-Sport Tournament, Pink Walk, Fun Ride, Senamrobik, serta pelbagai lagi aktiviti sukan dan riadah yang disasarkan untuk penyertaan komuniti setempat, termasuk golongan belia, pelajar dan penjawat awam.
Penganjuran ini merupakan inisiatif Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang dengan kerjasama agensi kerajaan, pertubuhan belia serta rakan strategik setempat dalam usaha memperkukuh budaya sukan dan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.
Dalam mesyuarat tersebut, YB Dato’ Mohd Syahbuddin turut menyeru semua pihak agar memberi komitmen penuh dalam menjayakan Hari Sukan Negara yang bukan sahaja memupuk semangat kesukanan, tetapi juga memperkukuh perpaduan serta kesejahteraan komuniti.
Secara keseluruhannya, mesyuarat berjalan dengan lancar dan mencapai kata sepakat dalam memastikan pelaksanaan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Daerah Gua Musang dapat dijalankan dengan teratur, meriah dan memberi impak positif kepada seluruh masyarakat daerah ini.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #jbsnkelantan #MalaysiaMadani #rakanmuda #RakanAktif #HSN2025 #MalaysiaAktif #janjipeluh
Hannah Yeoh
Adam Adli
@Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
