- JBS Kelantan
- Hits: 20
Program Rakan Bumi : Plogging Peringkat Daerah Gua Musang
- JBS Kelantan
- Hits: 20
GUA MUSANG, 6 Oktober 2025 – Program Rakan Bumi: Plogging Peringkat Daerah Gua Musang telah berjaya menarik penyertaan seramai 130 orang peserta dan berlangsung pada 4 Oktober 2025 dengan penuh semangat di Taman Rimba Gua Musang.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat KEMAS Daerah Gua Musang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Gua Musang, serta Kelab Rakan Muda Bandar Gua Musang, dengan matlamat utama memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar dan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah.
Aktiviti plogging adalah gabungan antara aktiviti joging dan pungutan sampah yang menjadi tumpuan utama program ini, di mana peserta bukan sahaja beriadah tetapi turut memainkan peranan aktif dalam memelihara kebersihan persekitaran. Pendekatan ini bukan sekadar meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam, malah menggalakkan gaya hidup aktif serta sikap tanggungjawab sosial dalam kalangan belia dan masyarakat setempat.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Mohd Syahbuddin bin Hashim, ADUN Galas, yang meluangkan masa bersama para peserta serta menyampaikan pesanan agar masyarakat sentiasa peka terhadap pemeliharaan alam sekitar dan terus berganding bahu menjayakan inisiatif hijau di peringkat komuniti.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dengan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti hijau, memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti tempatan, serta menanam nilai cintakan kebersihan dan kesejahteraan bumi.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #jbsnkelantan #MalaysiaMadani #rakanmuda #RakanAktif #HSN2025 #MalaysiaAktif #janjipeluh
Hannah Yeoh
Adam Adli
@Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
