- JBS Kelantan
- Hits: 18
Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (Satria) Sosial Dan Pasca Banjir Peringkat Daerah Gua Musang Di Pos Pasik
- JBS Kelantan
- Hits: 18
GUA MUSANG, 1 Oktober 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang telah menganjurkan Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) – Sosial dan Pasca Banjir bertempat di Pos Pasik, Gua Musang dengan melibatkan penyertaan seramai 80 orang sukarelawan dan penduduk setempat.
Program ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan Hari Cuci Malaysia, sebagai inisiatif menggalakkan budaya kebersihan, keprihatinan alam sekitar serta semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat. Ia turut memberi fokus kepada aktiviti sosial bersama komuniti Orang Asli dan kesiapsiagaan pasca banjir sebagai langkah menghadapi musim tengkujuh yang sering memberi kesan kepada kawasan pedalaman seperti Pos Pasik.
Program SATRIA atau Sukarelawan Anak Malaysia merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang memberi peluang kepada belia untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kesukarelawanan berstruktur. SATRIA berperanan membentuk belia yang prihatin, peka terhadap isu masyarakat, serta bersedia menjadi barisan hadapan dalam menangani situasi bencana dan membantu komuniti yang memerlukan.
Di Pos Pasik, para sukarelawan SATRIA melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kampung, aktiviti sukan komuniti, sesi kesedaran kebersihan dan kesihatan, serta simulasi pengurusan bencana banjir. Pendekatan ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada belia, malah mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.
“Melalui SATRIA, belia bukan sahaja dapat menimba pengalaman baharu, tetapi juga menyalurkan tenaga mereka untuk manfaat masyarakat. Lebih bermakna apabila ia dianjurkan bersempena Hari Cuci Malaysia, yang menekankan kepentingan kebersihan dan kelestarian alam sekitar,” katanya.
Program ini diakhiri dengan sesi ramah mesra bersama komuniti Orang Asli Pos Pasik yang memberi ruang kepada masyarakat untuk menyuarakan pandangan serta berkongsi pengalaman mereka dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #rakanmuda #RakanAktif #janjipeluh #DSK #danasukankomuniti
