- JBS Kelantan
- Hits: 19
Pembentangan Dan Penyelarasan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Gua Musang Dalam Mesyuarat Majlis Sukan Jajahan
- JBS Kelantan
- Hits: 19
GUA MUSANG, 1 Oktober 2025 – Mesyuarat Majlis Sukan Jajahan (MSJ) Gua Musang telah diadakan bagi membincangkan pembentangan dan penyelarasan pelaksanaan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 peringkat daerah Gua Musang.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Gua Musang akan menganjurkan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Daerah Gua Musang pada 11 Oktober 2025 (Sabtu), bermula jam 7.00 pagi bertempat di G-Orange Mall, Gua Musang.
Dengan bertemakan “Malaysia Aktif”, pelbagai aktiviti sukan menarik telah disediakan untuk penglibatan masyarakat setempat. Antara pengisian utama termasuk Family Walk sejauh 2 kilometer, Fun Run sejauh 4 kilometer, Kayuhan Madani sejauh 15 kilometer serta senamrobik yang terbuka kepada semua peringkat umur. Turut dianjurkan pertandingan E-Sport seperti Mobile Legend, E-Football dan FC26, selain sukan santai dan mencabar seperti Walking Football, FootGolf, Dart dan Sukaneka yang sesuai untuk disertai seisi keluarga.
Tidak dilupakan juga, cabutan bertuah serta hadiah menarik menanti peserta yang hadir memeriahkan program ini. HSN peringkat daerah Gua Musang dijangka mendapat sambutan menggalakkan dengan penglibatan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, sekolah serta komuniti belia. Program ini sekaligus menjadi platform menggalakkan gaya hidup sihat, memperkukuh perpaduan serta menjadikan sukan sebagai agenda nasional di peringkat akar umbi.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #rakanmuda #RakanAktif #janjipeluh #DSK #danasukankomuniti
