Mesyuarat Fokus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Daerah Gua Musang

GUA MUSANG, 1 Oktober 2025 – Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan di daerah ini telah menganjurkan Mesyuarat Fokus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Daerah Gua Musang bagi membincangkan isu-isu semasa serta inisiatif penambahbaikan terhadap kebajikan masyarakat setempat.

Mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang itu melibatkan penyertaan daripada wakil agensi kerajaan peringkat daerah termasuk Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Belia dan Sukan, Pejabat Pendidikan Daerah, Polis Diraja Malaysia, RELA, serta beberapa pertubuhan masyarakat.
Fokus utama mesyuarat ini adalah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan dasar dan program sedia ada, mengenalpasti isu-isu kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi, serta merangka langkah tindakan bersama bagi memastikan kesejahteraan masyarakat di daerah Gua Musang dapat dipertingkatkan secara menyeluruh.

Menurut Pegawai Daerah Gua Musang yang mempengerusikan mesyuarat, pertemuan seumpama ini amat penting bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, di samping menjadi platform perkongsian idea, cadangan serta penyelarasan tindakan yang lebih bersepadu.

“Mesyuarat fokus group ini membolehkan semua pihak duduk semeja bagi membincangkan isu-isu kesejahteraan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan, belia dan sukan, serta kebajikan masyarakat. Kita berharap ia mampu menghasilkan pelan tindakan yang memberi manfaat terus kepada rakyat di daerah ini” katanya.

Turut hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, ADUN Nenggiri, ADUN Paloh serta Ahli Parlimen Gua Musang yang menunjukkan komitmen dan sokongan penuh terhadap usaha bersama meningkatkan kesejahteraan rakyat di kawasan ini.

Mesyuarat turut menyaksikan sesi pembentangan laporan daripada beberapa agensi, selain perbincangan kumpulan untuk mengenal pasti strategi jangka pendek dan jangka panjang demi kesejahteraan rakyat Gua Musang.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #rakanmuda #RakanAktif #janjipeluh #DSK #danasukankomuniti

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search