Sambutan Program Rakan Prihatin @ Hari Cuci Malaysia @ Plogging Daerah Kota Bharu Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025

KOMBES Kelantan, 27 September 2025 (Sabtu) - Telah berlangsung Sambutan Program Rakan Prihatin @ Hari Cuci Malaysia @ Plogging Daerah Kota Bharu yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Belia Tunjong.

Sehubungan dengan itu, program ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kebersihan dan kesihatan serta memberi peluang kepada peserta untuk menyedari bahawa kebersihan persekitaran tanggungjawab bersama. Malah, program ini juga turut menanamkan rasa tanggungjawab agar peserta sentiasa menjaga persekitaran walaupun diluar waktu program.

Seramai 89 orang peserta telah menyertai program kali ini. Pengisian program merangkumi Senam Cergas bersama Komuniti Kelab Aerobik Panji, aktiviti menanam pokok bersama Kelab 4x4 Sahabat Setia Rimba serta aktiviti plogging bersama Kelab Belia Tunjong telah menceriakan lagi suasana program pada kali ini.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda JBSNK bersama Pengerusi Kelab Belia Tunjong dan Penaung Kelab 4x4 Sahabat Setia Rimba.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search