- JBS Kelantan
- Hits: 46
Program Kelas Renang Fasa 2 Peringkat Daerah Bachok 2025 Berlangsung Lancar, Lahirkan Peserta Terbaik
- JBS Kelantan
- Hits: 46
Bachok, 27 September 2025 – Program Kelas Renang Fasa 2 Peringkat Daerah Bachok Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Kolam Renang Permai Beach Resort, Bachok baru-baru ini dengan penyertaan seramai 41 orang peserta. Program ini mendapat kerjasama erat daripada Kelab Renang Kelantan yang menyediakan jurulatih bertauliah serta modul latihan renang yang sistematik.
Kelas ini dijalankan secara berfasa bermula pada 13 September 2025 dan berakhir pada 27 September 2025. Sepanjang program, peserta diberi pendedahan mengenai teknik asas renang, keselamatan air serta latihan kemahiran yang lebih mendalam.
Bagi menghargai pencapaian peserta, penganjur turut mengiktiraf Peserta Terbaik Kategori Lelaki yang dimenangi oleh Muhamad Ammar Darwish bin Sakulah@Saifullah, manakala Peserta Terbaik Kategori Perempuan dianugerahkan kepada Nur Auni binti Mohd Azahar.
Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta menguasai kemahiran renang, malah berperanan penting dalam melahirkan bakat baharu yang berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Selain itu, ia turut menjadi landasan untuk memupuk semangat kesukanan, disiplin serta gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Bachok.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
