PBSD Bachok Turut Serta Dalam Menjayakan Sambutan Hari Cuci Malaysia Peringkat Negeri Kelantan Dan Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Daerah Bachok 2025

Bachok, 27 September 2025 (Sabtu) – Majlis Perasmian Hari Cuci Malaysia Peringkat Negeri Kelantan bersempena dengan Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Bachok Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah bertempat di Padang Istiadat, Pantai Irama Bachok bermula seawal jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan & Alam Sekitar Negeri Kelantan. Kehadiran beliau menyerikan lagi program yang menghimpunkan warga komuniti setempat, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta para sukarelawan dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kebersihan dan kesihatan.

Turut hadir, Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok bersama-sama kakitangan, yang turut menyertai aktiviti gotong-royong kebersihan serta program kesihatan yang dianjurkan.

Program ini memberi tumpuan kepada dua aspek utama iaitu penjagaan kebersihan alam sekitar melalui inisiatif Hari Cuci Malaysia, serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan jantung sempena sambutan Hari Jantung Sedunia. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah kesedaran, serta aktiviti riadah komuniti.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search