- JBS Kelantan
- Hits: 33
Program Plogging Komuniti@Daerah Bachok Siri 2 2025 Semarakkan Semangat Cinta Alam Sekitar
- JBS Kelantan
- Hits: 33
Bachok, 27 September 2025 – Program Plogging Komuniti@Daerah Bachok Tahun 2025 Siri 2 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pantai Irama, Bachok. Program yang menggabungkan aktiviti larian santai dan kutipan sampah ini berjaya menghimpunkan seramai 81 orang peserta terdiri daripada belia, komuniti setempat serta sukarelawan.
Majlis turut disertai oleh Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok yang menzahirkan penghargaan atas komitmen peserta dalam menjayakan aktiviti yang bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama erat Kelab Belia Cakna Bator sekali gus memperlihatkan keprihatinan golongan belia dalam memainkan peranan sebagai agen perubahan positif di peringkat komuniti.
Penganjuran siri kedua ini diharap dapat menyemai semangat cintakan kebersihan, meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kelestarian alam, serta memperkukuh ukhwah antara komuniti Bachok melalui aktiviti riadah yang bermanfaat.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
