Kejohanan Ping pong 1000 Liga Peringkat Daerah Bachok 2025 Meriah Dengan Penyertaan 64 Orang Peserta

Bachok, 27 September 2025 – Kejohanan Pingpong 1000 Liga Peringkat Daerah Bachok tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah bertempat di Dewan Abu Bakar As-Siddiq, Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tok Bachok baru-baru ini.

Kejohanan yang menghimpunkan seramai 64 orang peserta ini berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat setempat, khususnya golongan belia yang aktif dalam bidang sukan. Pertandingan dijalankan dengan penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat dalam usaha melahirkan bakat baharu dalam sukan pingpong di peringkat daerah.

Majlis penutup kejohanan turut diserikan dengan penyampaian hadiah oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, yang menzahirkan penghargaan kepada semua peserta dan pemenang. Beliau turut menyatakan bahawa kejohanan seperti ini bukan sahaja memberi ruang kepada belia untuk bergiat aktif dalam sukan, malah menjadi landasan penting dalam membentuk disiplin, kerjasama serta gaya hidup sihat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my

Disediakan Oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search