- JBS Kelantan
- Hits: 43
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok Sertai Majlis Hubbun Nabi Saw Peringkat Jajahan Bachok 1447h/2025M
- JBS Kelantan
- Hits: 43
BACHOK, 22 September 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok telah mengambil bahagian dalam Majlis Hubbun Nabi SAW peringkat Jajahan Bachok 1447H/2025M yang berlangsung dengan penuh meriah di Padang Istiadat, Bachok, hari ini.
Majlis yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul ini telah menghimpunkan sebanyak 42 agensi di bawah pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok, termasuk jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kesemua agensi ini telah menyertai perarakan yang bermula seawal jam 8.00 pagi, membawa sepanduk masing-masing sambil berselawat dan memperingati perjuangan Rasulullah SAW.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Mohd Asri Mat Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta.yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan menandakan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh nilai-nilai Islam dan cinta terhadap Nabi Muhammad SAW dalam kalangan masyarakat.
Penyertaan aktif Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok dalam program ini mencerminkan sokongan padu terhadap inisiatif keagamaan di peringkat jajahan, selain memperkukuhkan hubungan silaturahim antara agensi-agensi kerajaan dan komuniti setempat.
Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian rohani termasuk ceramah agama, persembahan nasyid, dan jamuan rakyat, menjadikan sambutan Hubbun Nabi SAW tahun ini sebagai satu manifestasi kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my
Disediakan Oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
