- JBS Kelantan
- Hits: 71
Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bachok 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 71
BACHOK, 21 September 2025 – Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Bachok Tahun 2025 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok baru-baru ini.
Mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 pagi itu telah dipengerusikan oleh YABrs. Haji Mohd Zaki bin Yusoff, Ketua Jajahan Bachok selaku Pengerusi Sambutan HSN Peringkat Daerah Bachok bagi tahun ini. Turut hadir ialah wakil-wakil daripada agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, jabatan teknikal, serta rakan strategik yang terlibat secara langsung dalam penganjuran sambutan kali ini.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok hadir sebagai Setiausaha Mesyuarat dan membentangkan perjalanan program serta cadangan pengisian aktiviti sempena Hari Sukan Negara 2025. Mesyuarat turut membincangkan penyelarasan logistik, keselamatan, promosi, dan penglibatan komuniti bagi memastikan sambutan yang lebih meriah dan berimpak tinggi.
Ketua Jajahan Bachok dalam ucapannya menyeru semua agensi untuk berganding bahu menjayakan Hari Sukan Negara dengan memastikan penglibatan masyarakat setempat secara menyeluruh. Beliau turut menekankan kepentingan memupuk budaya bersukan dalam kalangan rakyat bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif selaras dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan.
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bachok dijangka diadakan pada 11 Oktober 2025 bertempat di Dataran Perahu, Pantai Irama, Bachok dengan pelbagai acara sukan untuk komuniti, aktiviti riadah, dan pertandingan yang sesuai untuk semua peringkat umur.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
#Hannah Yeoh
#Adam Adli
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#Rakan Muda
#belia.my
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
