Smart Daie Mini Olympics Di KOMBES Kelantan

KELANTAN, 22 SEPTEMBER 2025 – Smart Daie Mini Olympics telah memeriahkan suasana di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Tadika Didik Soleh telah menganjurkan Smart Daie Mini Olympics tersebut pada 13 September 2025 yang lalu bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Mini Olympics ini telah disertai seramai 100 orang pelajar tadika dengan pelbagai aktiviti yang dipertandingkan seperti berbasikal, memanah dan banyak lagi.

Mini Olympics ini merupakan inisiatif kepada pelajar tadika dalam mempromosikan aktiviti pembudayaan gaya hidup cergas selari dengan hasrat untuk pembudayaan semangat bersukan dan meningkatkan gaya hidup sihat untuk menyahut kempen gaya hidup sihat cergas dan aktif kearah menjadikan Malaysia sebagai Negara bersukan.

Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web stf.kbs.gov.my .

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan
KBSMalaysia

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search