SMK & SK Sultan Ibrahim 1 Bersedia Jayakan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Daerah Pasir Mas

Pasir Mas, 21 September 2025 – Satu sesi perbincangan dan lawatan tapak telah diadakan pada 17 September 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 sebagai persiapan bagi pelaksanaan Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) peringkat Daerah Pasir Mas. Program ini dijadualkan berlangsung serentak di seluruh negara pada 11 Oktober 2025, dengan kedua-dua sekolah tersebut dipilih sebagai lokasi utama bagi daerah Pasir Mas.

Dalam sesi perbincangan tersebut, Pengetua SMK Sultan Ibrahim 1, Encik Mohd Noor Hashim bin Muhamad dan Guru Besar SK Sultan Ibrahim 1, Encik Mohd Zuki Awang Seman menyambut baik cadangan pelaksanaan HSN2025 di sekolah berkenaan. Beliau menyatakan kesediaan pihak sekolah untuk bekerjasama rapat dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas (PBSD Pasir Mas) demi memastikan kejayaan program tersebut.

Antara aktiviti menarik yang akan dianjurkan termasuk:
- Larian Ria Madani sejauh 4KM
- Kayuhan Madani sejauh 10KM
- Berjalan Madani sejauh 2KM
- Sukan Tradisional
- Sepak Penalti
- Penalti Bola Jaring
- Senam Cergas
- Aktiviti Mari Mencuba yang pelbagai

Lawatan tapak dan sesi perbincangan tersebut telah diketuai oleh Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas. Turut hadir ialah Puan Nur Aliaa binti Wan Johan dan Encik Sarimat bin Mohd Salleh selaku pegawai penyelaras program.

Dengan semangat kerjasama yang erat antara PBSD Pasir Mas dan pihak sekolah, HSN2025 peringkat daerah Pasir Mas dijangka berlangsung dengan jayanya dan memberi impak positif kepada komuniti setempat.

Disediakan Oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas

#teamkelantan
#JBSNKomited
#KitaSemuaTeamMAS
#RakanMuda
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#YakinBoleh
#Jbsnkelantan
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search