- JBS Kelantan
- Hits: 2
MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PASIR MAS SIRI 10 MERIAH DI PPR LUBOK JONG
- JBS Kelantan
- Hits: 2
Pasir Mas, 21 September 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Pasir Mas Siri 10 telah berlangsung dengan meriah di PPR Lubok Jong pada 13 September 2025, menampilkan aktiviti senamrobik yang disertai oleh golongan wanita dan ibu-ibu dari komuniti setempat.
Seramai 58 orang peserta hadir ke program tersebut yang bermula pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan PPR Lubok Jong, sekali gus membuktikan semangat kecergasan dan gaya hidup sihat yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk Lubok Jong.
Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Sarimat bin Mohd Salleh dan Encik Mohd Faidhi bin Mat Noor selaku pegawai penyelaras, yang turut memberikan sokongan kepada usaha memperkukuh kesihatan komuniti melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas untuk menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti kecergasan dan kesukanan di peringkat akar umbi.
Disediakan oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
#teamkelantan
#JBSNKomited
#KitaSemuaTeamMAS
#RakanMuda
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#YakinBoleh
#Jbsnkelantan
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia