TAHNIAH KELAB BELIA PONDOK LATI ATAS PENGANJURAN CEMERLANG PROGRAM SPARK

Pasir Mas, 21 September 2025 – Kelab Belia Pondok Lati telah berjaya menganjurkan program Sukan Perpaduan Antara Kaum (SPARK) dengan jayanya pada 13 September 2025 bertempat di SK Kampung Baru, Pasir Mas. Program ini mendapat sambutan hangat daripada pelbagai lapisan masyarakat, mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di daerah Pasir Mas.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, yang turut hadir memberikan sokongan kepada usaha murni kelab belia tersebut.

Program SPARK ini telah menerima peruntukan sebanyak RM6,000.00 daripada Dana Sukan Komuniti (DSK) dan berjaya menarik penyertaan daripada pelbagai kaum, menjadikannya satu platform yang efektif dalam memperkukuh hubungan antara komuniti.

Penganjuran yang tersusun dan meriah ini membuktikan komitmen Kelab Belia Pondok Lati dalam memupuk semangat kesukanan dan perpaduan di peringkat akar umbi.

Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas

#teamkelantan
#JBSNKomited
#KitaSemuaTeamMAS
#RakanMuda
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#YakinBoleh
#Jbsnkelantan
#DSK

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search