- JBS Kelantan
- Hits: 6
Aerobic Dance Mencungkil Bakat Anak Muda Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 6
KOTA BHARU, 21 September 2025 - Seramai 150 peserta melibatkan 15 pasukan menyertai Pertandingan Sukan Aerobic Dance Peringkat Negeri Kelantan 2025 yang berlangsung pada 20 September 2025 bertempat di Kompleks Belia Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Kelab Aerobik Panji serta Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA).
Penganjuran itu bertujuan mempromosikan sukan Aerobic Dance dalam kalangan masyarakat selain memberi pendedahan mengenai komponen sukan berdasarkan code of point di peringkat antarabangsa (FIG). Antara tema yang diketengahkan termasuk Bayang Kuda, Sawasdee Thai, Unseen Heroin, Adiwira Labah-Labah dan pelbagai lagi. Pasukan D’Beats Crew (Sk. Kg. Delima) telah dinobatkan sebagai juara bagi Kategori Junior manakala Pasukan Piquitas (Kolej Poly-Tech MARA) telah menjuarai Kategori Senior.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Dalam ucapan beliau berkata “Kita mahu meningkatkan keharmonian serta perpaduan dalam kalangan komuniti setempat, di samping menambah baik kemahiran mereka dalam bidang sukan. Sukan Aerobic Dance bukan sahaja menyeronokkan, malah ia merupakan aktiviti kecergasan yang mampu meningkatkan tahap kesihatan, mental dan emosi, selaras dengan agenda kerajaan memperkukuh gaya hidup sihat dan produktif,” katanya.
Turut hadir Encik Rashdan bin Ab. Rahman, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid (Kesenian), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Encik Saiful Imran bin Mat Yaacob, Presiden Kelab Aerobik Panji.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh #aerobicdance
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan