- JBS Kelantan
- Hits: 2
KETUA JAJAHAN PASIR MAS SAMBUT BAIK PELAKSANAAN HSN2025 PERINGKAT DAERAH PASIR MAS
- JBS Kelantan
- Hits: 2
Pasir Mas, 21 September 2025 – Ketua Jajahan Pasir Mas, YABrs. Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar, menyambut baik pelaksanaan Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) peringkat Daerah Pasir Mas yang dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) di SMK Sultan Ibrahim 1 dan SK Sultan Ibrahim 1.
Satu pertemuan rasmi telah diadakan pada 10 September 2025 di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas antara Ketua Jajahan dan Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, bagi membincangkan persiapan dan pelaksanaan program tersebut.
Dalam pertemuan tersebut, YABrs. Tuan Haji Shamsul menyatakan komitmen penuh Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas untuk bekerjasama dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas (PBSD Pasir Mas) dalam menjayakan program HSN2025 serta menyokong usaha memperkukuh semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.
HSN2025 dijangka meriah dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah yang melibatkan penyertaan komuniti setempat, pelajar sekolah, dan agensi-agensi kerajaan.
Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
#teamkelantan
#JBSNKomited
#KitaSemuaTeamMAS
#RakanMuda
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#YakinBoleh
#Jbsnkelantan
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia