Perjuangan LiSOKU Kontinjen Kelantan Berakhir Dengan Semangat Juang Tinggi Di Paroi

PAROI, 21 September 2025 – Tamat sudah perjuangan pasukan Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Kelantan dalam Edisi Sulung Liga Sukan OKU 2025 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi pada 19 hingga 20 September 2025.

Pasukan futsal lelaki Kelantan berjaya menamatkan saingan dengan bergelar Naib Johan selepas tewas kepada pasukan Perak pada aksi akhir.

Selain itu, pasukan boling, bola tampar duduk dan futsal wanita turut menampilkan semangat juang yang tinggi walaupun perjuangan mereka terhenti di peringkat suku akhir.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Liga Sukan OKU 2025 telah disempurnakan oleh YB Senator Isaiah D Jacob, Ahli Dewan Negara.

Turut hadir sama, YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN); En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK); En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK; serta Puan NurFadhlira binti Dungun, Pegawai Pembangunan Sukan OKU JBSNK.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) serta Persatuan Sukan Orang Kelainan Upaya Negeri Kelantan (PESRON Kelantan) atas kerjasama erat dan sokongan padu dalam penyertaan kontinjen kali ini.

Tahniah dan syabas kepada semua atlet, jurulatih serta pegawai pengiring yang telah membawa cabaran kontinjen Kelantan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus memperkasa ekosistem sukan yang inklusif, setara dan berdaya saing.

#TeamKelantan #LiSOKU2025 #JBSNKomited #KitaSemuaTeamMAS
#RakanMuda #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #YakinBoleh #Jbsnkelantan

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search