- JBS Kelantan
- Hits: 26
YBrs. Pengarah JBS Kelantan Santuni Atlet Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) 2025 Di Paroi
- JBS Kelantan
- Hits: 26
PAROI, 19 September 2025– Kehadiran Yang Berusaha Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi sempena Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) 2025 telah menyuntik semangat buat kontinjen Kelantan.
YBrs. Pengarah berkesempatan menyantuni para atlet dan pegawai pengiring sambil memberi kata-kata semangat agar terus berjuang membawa nama negeri dalam kejohanan peringkat kebangsaan ini.
Turut sama hadir memberikan sokongan ialah Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK serta Puan Nur Fadhlira binti Dungun, Pegawai Pembangunan Sukan OKU JBSNK.
Kontinjen Kelantan menyertai beberapa acara termasuk futsal, bola tampar duduk dan bakal beraksi dalam acara tenpin boling yang dijadualkan berlangsung di MesaMall, Nilai pada hari ini.
Kehadiran kepimpinan tertinggi JBSNK ini jelas menunjukkan komitmen dan sokongan penuh terhadap agenda “Sukan Untuk Semua” yang digerakkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Sukan untuk Semua, JBSN Komited!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #KitaSemuaTeamMAS
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
