- JBS Kelantan
- Hits: 2
Kontinjen Kelantan Sertai Liga Sukan Orang Kurang Upaya 2025 Peringkat Kebangsaan
- JBS Kelantan
- Hits: 2
PAROI, 19 September – Liga Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) 2025 Peringkat Kebangsaan membuka tirai dengan acara futsal dan bola tampar duduk yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi.
Kontinjen Kelantan turut menyertai kejohanan ini dengan menghantar atlet dalam beberapa acara sukan terpilih. Kehadiran kontinjen negeri ini membuktikan komitmen dalam menjayakan agenda “Sukan Untuk Semua” yang menjadi aspirasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Turut hadir memberikan sokongan ialah Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Puan Nur Fadhlira binti Dungun, Pegawai Pembangunan Sukan OKU JBSNK.
Hari ke dua di terus kan dengan acara Futsal dan Bola Tampar Duduk serta acara Tenpin Boling akan bermula esok di MesaMall, Nilai dan kontinjen Kelantan juga dijangka memberi saingan.
Liga Sukan Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan 2025 bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat, malah mengangkat semangat kesukanan dan inklusiviti dalam kalangan atlet OKU.
Sukan untuk Semua, JBSN Komited!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #KitaSemuaTeamMAS
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia