- JBS Kelantan
- Hits: 3
KLAS Renang Warga Emas Dan Kanak-Kanak B40 Fasa 2 Peringkat Negeri Kelantan 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 3
Kota Bharu, 18 September 2025 - Program Kelas Renang Warga Emas telah berjaya dilaksanakan di Kolam Renang Kelantan Golf & Country Club, Kota Bharu dan Kelas Renang Kanak-Kanak B40 bertempat di 2 lokasi iaitu Kolam Renang Permai Beach Resort, Bachok dan Kolam Renang Impiana Utama Tanah Merah. Pelaksanaan program ini bermula pada 12 September 2025 sehingga 27 September 2025 yang melibatkan 12 sesi dan berlangsung pada setiap hari jumaat dan sabtu.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Renang Kel (KRK). Seramai 40 peserta warga emas berusia antara 60 hingga 75 tahun mengambil bahagian, terdiri daripada 20 orang peserta lelaki dan 20 orang peserta Wanita manakala 80 orang kanak-kanak iaitu 40 orang dari Daerah Bachok dan 40 Orang Daerah Tanah Merah.
Program Klas Renang ini memberi manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat, khususnya kanak-kanak B40 dan warga emas. Ia membuktikan bahawa sukan renang boleh dijadikan medium untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, kecergasan mental serta memupuk gaya hidup aktif sepanjang hayat.
Selain mempelajari teknik renang asas untuk keselamatan diri - termasuk kemahiran penting menyelamatkan nyawa ketika berdepan risiko lemas - aktiviti ini juga berfungsi sebagai terapi air untuk fisioterapi warga. Pergerakan dalam air membantu meningkatkan kelenturan sendi, menguatkan otot serta memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan paru-paru.
Pihak Jabatan belia merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Kelab Renang Kel (KRK) di atas kerjasama dan sokongan padu yang diberikan. Setinggi-tinggi terima kasih turut diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Dearah Kota Bharu, Bachok dan Tanah Merah dalam sama-sama menjayakan penganjuran program ini. Inisiatif sebegini diharap dapat diperluaskan agar lebih ramai masyarakat mendapat manfaat jangka panjang.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan