- JBS Kelantan
- Hits: 3
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara Berjalan Lancar
- JBS Kelantan
- Hits: 3
JELI- 18 September 2025- Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jeli 2025 telah berlangsung pada 17 September 2025 di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli.
Sambutan Hari Sukan Negara akan dilaksanakan serentak pada 11 Oktober 2025 di seluruh negara. Bagi daerah Jeli ianya bakal diadakan di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli dengan 2000 orang dijangka hadir memeriahkan sambutan tersebut bermula jam 7.30 pagi.
Objektif Utama Hari sukan Negara adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif, memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum serta menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YABrs En Wan Fahazil bin Wan Mohamad Jaffar, Ketua Jajahan Jeli, telah membincangkan pelbagai perkara termasuk penyertaan, gimik perasmian, akitiiviti HSN dan lain-lain keperluan.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli .
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh
#HannahYeoh
#AdamAdli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#KBSMalaysia