- JBS Kelantan
- Hits: 4
Resident Ayer Lanas Football Club Anjur Karnival Sukan
- JBS Kelantan
- Hits: 4
JELI, 17 September 2025- Resident Ayer Lanas Football Club (RALC) telah mengadakan Karnival Sukan pada 12 hingga 16 September 2025. Sebanyak 5 acara telah dilaksanakan iaitu Sepak Takraw di Arena Takraw Ayer Lanas, Badminton di Arena Badminton JKR Jeli, Ping Pong di Arena Ping Pong Klinik Kesihatan Jeli, Hiking di Bukit Salor, Batu Melintang dan Sepak Bola Penalti di Padang Awam Ayer Lanas.
Tujuan Karnival tersebut diadakan Adalah untuk mengeratkan silaturahim melalui sukan, mencungkil bakat baharu serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan Masyarakat.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli mewakili YABrs Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Beliau juga turut menyampaikan Cek Dana Sukan Komuniti RM 5,000.00 kepada Kelab tersebut yang diwakili oleh YBrs En Alif Syahmi bin Muhamad Syukri, (Timbalan Presiden Kelab).
Adalah menjadi harapan agar persatuan atau kelab sukan yang lain di Daerah Jeli ini akan terus hidup, aktif dan berkembang maju.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh
#HannahYeoh
#AdamAdli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#KBSMalaysia