- JBS Kelantan
- Hits: 43
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI DAERAH MACHANG 2025 MERIAHKAN DEWAN TRANSFORMASI ILMU BUKIT TIU
- JBS Kelantan
- Hits: 43
MACHANG, 14 SEPTEMBER 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Daerah Machang 2025 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, Machang pada 12 September 2025. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Daerah Machang ini berjaya menghimpunkan seramai 50 orang peserta wanita dari sekitar daerah Machang.
Program yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti wanita ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik berirama, disusuli dengan acara cabutan bertuah yang menambahkan lagi kemeriahan suasana.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang cabutan bertuah.
Disediakan oleh Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia
