- JBS Kelantan
- Hits: 6
KARNIVAL SUKAN MUHIBAH @PBSD NEGERI KELANTAN 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 6
MACHANG, 14 SEPTEMBER 2025 – Semangat kesukanan dan kerjasama antara pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) di seluruh Kelantan disemarakkan melalui penganjuran Karnival Sukan Muhibah @PBSD Negeri Kelantan 2025 yang berlangsung dengan meriah pada 11 September 2025 bertempat di Pro Sport Badminton, Tanah Merah bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, merupakan inisiatif bersama oleh semua Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) di negeri ini.
Seramai 35 orang pegawai dan kakitangan dari pelbagai daerah telah mengambil bahagian dalam acara seperti badminton, dart, karom, sepakan penalti gol kecil, dan mini golf, yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat muhibah serta meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan warga PBSD.
PBSD Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini serta berharap agar karnival ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu wadah penyatuan dan kesejahteraan komuniti pendidikan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia