PROGRAM MALYSIA AKTIF DAERAH PASIR PUTEH MENYATUKAN KOMUNITI DALAM AURA MERDEKA

PASIR PUTEH, 14 SEPTEMBER 2025 - Program Malaysia Aktif Daerah Pasir Puteh yang berlangsung di perkarangan Masjid Padang Pak Amat berjaya menarik penyertaan seramai 100 orang peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Program ini bermula dengan acara berarak secara santai menaiki motosikal dan basikal mengelilingi kampung bersempena sambutan Hari Kemerdekaan, sebelum disusuli dengan aktiviti senamcergas yang dikendalikan oleh jurulatih bertenaga, Abe Awie. Gabungan aktiviti kayuhan dan senaman ini bukan sahaja memeriahkan suasana pagi hujung minggu tetapi juga menghidupkan semangat patriotik di kalangan penduduk setempat.

Para peserta kelihatan bersemangat dan ceria sepanjang program berlangsung. Selain meningkatkan tahap kecergasan fizikal, program ini turut mempererat hubungan silaturahim antara komuniti serta menanam rasa bangga menyambut kemerdekaan negara.

Peserta lebih peka terhadap kepentingan gaya hidup sihat, lebih bersemangat untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan, dan nilai patriotisme semakin subur dalam diri masyarakat. Program Malaysia Aktif ini menjadi contoh terbaik bagaimana aktiviti kecergasan boleh digabungkan dengan semangat kenegaraan untuk membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search