- JBS Kelantan
- Hits: 32
PENJELAJAHAN LASAK ARPRM TAHAP GANGSA DAN PERAK DAERAH PASIR PUTEH BINA JATI DIRI REMAJA DI KEM DAMAI, BESUT
- JBS Kelantan
- Hits: 32
PASIR PUTEH, 14 SEPTEMBER 2025 - Program Penjelajahan Lasak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa dan Perak Peringkat Daerah Pasir Puteh telah berjaya dianjurkan pada 8 hingga 10 September 2025 bertempat di Kem Damai, Besut. Seramai 40 peserta ARPRM daripada tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut dan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Nurul Ittifak telah terlibat sama.
Pelbagai pengisian menarik dilaksanakan seperti aktiviti water confident, modul kenali diri, Cardiopulmonary Resuscitation CPR, pendakian Bukit Keluang, refleksi “Langkah ke Puncak”, permainan menguji minda dan kemahiran survival. Program dikendalikan oleh Ketua Jurulatih iaitu Saudara Mohd Hafizuddin bin Amlin yang berpengalaman dalam bidang latihan belia dan aktiviti lasak.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Samsudin bin Haji Musa, Timbalan Pegawai Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh. Turut hadir Puan Nur Dalila binti Mohd Khali, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Program ini memberi kesan positif yang mendalam kepada peserta kerana sebelum program mereka lebih mengenali potensi diri, membina keyakinan dan semangat bekerjasama manakala selepas program, peserta dilihat lebih berdisiplin, berani menghadapi cabaran, cekap membuat keputusan dalam situasi kritikal serta lebih peka terhadap kepentingan keselamatan dan nilai kepimpinan. Penjelajahan lasak ini juga menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah unggul dan semangat kesukarelawanan di kalangan remaja daerah Pasir Puteh.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my
