MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) SEMARAKKAN AKTIVITI KOMUNITI DI MASJID MUKIM PADANG PAK AMAT

PASIR PUTEH, 14 SEPTEMBER 2025 – Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Pasir Puteh Siri 1/2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di perkarangan Masjid Mukim Padang Pak Amat. Seramai 200 orang sukarelawan dan masyarakat setempat hadir bersama menjayakan pelbagai aktiviti yang diatur sepanjang program.

Antara pengisian utama ialah perarakan Maulidul Rasul, gotong-royong membersihkan kawasan masjid dan sekitarnya, aktiviti memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada jemaah serta pemeriksaan kesihatan percuma kepada orang ramai. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Puteh, Masjid Mukim Padang Pak Amat dan Kelab Rakan Muda Bandar Pasir Puteh.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Abu Husain bin Radzai, Imam Tua Masjid Mukim Padang Pak Amat. Program ini memberi impak positif yang besar kepada komuniti setempat, bukan sahaja semasa program berlangsung dengan memperkukuh semangat kebersamaan dan sukarelawan, malah selepas program ia menjadi pemangkin kepada budaya gotong-royong dan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti kemasyarakatan.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search