- JBS Kelantan
- Hits: 37
SUKAN LUAR BANDAR 2025 GEGAR KUALA KRAI DENGAN SEMANGAT KOMUNITI
- JBS Kelantan
- Hits: 37
KUALA KRAI, 13 SEPTEMBER 2025 – Program Sukan Komuniti Luar Bandar Peringkat Negeri Kelantan 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Padang Bola Kampung Baru Kuala Nal, Kuala Krai pada 6 September 2025. Daerah Kuala Krai telah dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi tahun ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Encik Mohd Saipuddin Bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir memberi sokongan Yang Berhormat Tuan Haji Zubir Bin Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang.
Program ini diadakan dengan matlamat utama untuk meluaskan akses kemudahan sukan kepada masyarakat di luar bandar serta kawasan tumpuan. Selain itu, ia juga bertujuan menyerlahkan potensi belia luar bandar dalam aspek kepimpinan dan bakat sukan, meningkatkan kesedaran komuniti tentang kepentingan bersukan, serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat.
Pelbagai acara menarik telah diadakan sepanjang program, antaranya pertandingan sepak penalti, penalti shoot bola jaring, sepak raga ratus, slingshot, dan sukan rakyat. Pavilion rakan muda turut menjadi tarikan dengan aktiviti interaktif "mari mencuba" yang disertai belia dan penduduk setempat. Turut diadakan program pemeriksaan kesihatan dan gigi, derma darah, serta kuiz uji minda anjuran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kuala Krai. Kehadiran watak ikonik bumblebee dan pusat hiburan kanak-kanak soopa doopa turut memeriahkan suasana program.
Penganjuran ini bukan sahaja mengukuhkan peranan sukan sebagai medium perpaduan dan kesejahteraan masyarakat, malah menjadi wadah kolaborasi pelbagai pihak dalam memperkasa pembangunan belia serta komuniti di peringkat akar umbi.
Disediakan oleh : Urus setia portal Pejabat belia dan sukan daerah kuala krai
#TeamKBS
#TeamJBSN
#SukanUntukSemua
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#RakanMuda
#YakinBoleh
