PBSDKK DAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI GIATKAN KERJASAMA DEMI BELIA

12 SEPTEMBER 2025, KUALA KRAI – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai (PBSDKK) telah mengadakan pertemuan kolaborasi bersama Kolej Vokasional Kuala Krai pada 8 September 2025 yang lalu bagi berbincang tentang peluang kerjasama dalam pembangunan belia dan sukan di daerah ini. Kunjungan yang diketuai oleh Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, ini disambut baik oleh Pengarah Kolej Vokasional Kuala Krai, En. Mohd Sahardi bin Che Harun.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak berkongsi idea tentang pelbagai inisiatif yang boleh dijalankan bersama, termasuk program penyerlahan potensi belia, kepimpinan belia, aktiviti kemasyarakatan, serta penganjuran program sukan. Kerjasama ini dilihat sebagai langkah penting untuk memperkasakan belia sebagai aset penting kepada pembangunan masyarakat setempat.

Menurut Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, "Kolej Vokasional Kuala Krai mempunyai potensi besar untuk melahirkan belia yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang kemahiran teknikal, tetapi juga aktif dalam sukan dan mempunyai jati diri yang kuat. Kunjungan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak program kolaborasi yang berimpak tinggi."

Sementara itu, En. Mohd Sahardi bin Che Harun turut menzahirkan rasa gembira dengan inisiatif yang diambil oleh PBSDKK. "Kami menyambut baik hasrat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai untuk bekerjasama. Kolej Vokasional sentiasa terbuka untuk menjadi hab bagi aktiviti-aktiviti belia dan sukan, selaras dengan matlamat kami untuk melahirkan pelajar yang holistik," katanya.

Kunjungan mesra ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan dan komitmen untuk meneruskan kerjasama yang erat pada masa akan datang.

Disediakan oleh : Urus setia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

#TeamKBS
#TeamJBSN
#SukanUntukSemua
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#RakanMuda
#YakinBoleh

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search