- JBS Kelantan
- Hits: 3
DARI DARATAN KE PULAU, BELIA KUALA KRAI BERANI CABAR DIRI DI SUMMER CAMP MUDA PULAU PERHENTIAN
- JBS Kelantan
- Hits: 3
PULAU PERHENTIAN TERENGGANU, 12 SEPTEMBER 2025 – Seramai empat orang belia dari Kuala Krai telah berjaya menamatkan penyertaan mereka dalam Rakan Ekspresi : Summer Camp Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Tapak Perkhemahan Majlis Daerah Besut Teluk Keke, Pulau Perhentian Besut, Terengganu yang berlangsung selama tiga hari, bermula 9 hingga 11 September 2025.
Program ini merupakan platform strategik yang dianjurkan untuk membentuk belia yang aktif, mengamalkan gaya hidup sihat, dan terhindar daripada gejala sosial. Melalui pendekatan pembelajaran secara pengalaman (experiential learning), ia juga bertujuan untuk menerapkan semangat jati diri, patriotisme, dan setia kawan.
Empat peserta yang mewakili daerah Kuala Krai dalam kem ini ialah Nursarida Anis binti Sa’ari (Kelab Beliawanis Kuala Krai), Muhammad Haris Haikal Muiz bin Arman, Nur Asma’a binti Thubarani, dan Mohamad Loqman Hakim bin Mohd Faisal (semuanya dari Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai). Pelbagai aktiviti ekstrem telah diatur sepanjang program bagi menguji ketahanan fizikal dan mental peserta. Selain itu, ia turut membantu mereka dalam mengurus diri dan emosi dengan lebih baik.
Majlis perasmian penutup dan penyampain sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saippudin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada komitmen serta semangat yang ditunjukkan oleh para belia.
Disediakan oleh : Urus setia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamKBS
#TeamJBSN
#SukanUntukSemua
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#RakanMuda
#YakinBoleh