BELIA MACHANG SERTAI PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H/2025M ANJURAN ALUMNI 4B NEGERI KELANTAN

MACHANG, 9 SEPTEMBER 2025 – Semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW terus disemarakkan apabila para belia dari daerah Machang telah menyertai Program Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M yang dianjurkan oleh Biro Agama Alumni 4B Negeri Kelantan dengan kerjasama Alumni 4B Kawasan Machang pada 6 September 2025 bertempat di Dewan Transformasi Ilmu Bukit Tiu, Machang.

Program ini telah menghimpunkan bekas-bekas aktivis belia seluruh negeri kelantan dan wakil-wakil belia daripada kelab belia tempatan. Antara pengisian program termasuklah selawat beramai-ramai, ceramah Maulidur Rasul, dan perkongsian ilmu berkaitan sirah nabawi.

Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, turut hadir memeriahkan program ini bersama-sama wakil Kelab Belia Bandar Machang dan wakil Kelab Belia Bersatu Kampung Belukar.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search