PENUBUHAN KELAB BELIA MADANI DESA TAQWA PALOH RAWA (KBMDT) TERIMA KELULUSAN PENDAFTARAN DARIPADA ROY

MACHANG, 8 SEPTEMBER 2025 – Kelab Belia Madani Desa Taqwa Paloh Rawa (KBMDT) dengan rasminya telah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) pada 19 Ogos 2025, menandakan satu lagi langkah positif dalam memperkasakan peranan belia di peringkat akar umbi.

Majlis penyampaian Sijil Perakuan Pendaftaran telah berlangsung pada 8 September 2025 di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang. Sijil tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Pegawai Pembangunan Belia, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang kepada Saudara Rafiqin bin Rosli, Timbalan Pengerusi KBMDT.

Majlis ini turut disaksikan oleh Encik Mohd Zaid bin Ibrahim, Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Paloh Rawa, yang hadir memberi sokongan dan galakan kepada barisan kepimpinan belia baharu di kawasan tersebut.

Penubuhan KBMDT adalah selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh agenda Malaysia MADANI melalui penglibatan aktif belia dalam pembangunan masyarakat dan negara. Kelab ini bakal menjadi platform untuk mencungkil bakat, memperkasa jati diri serta menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti kemasyarakatan, kesukarelawanan, dan pembangunan modal insan.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search