Lawatan Tapak Pelaksanaan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Gua Musang 2025

GUA MUSANG, 7 September – Sebagai langkah awal ke arah penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Gua Musang 2025, satu lawatan tapak telah diadakan di G Orange, lokasi rasmi yang akan menjadi pusat pelaksanaan program pada tahun ini.

Lawatan tersebut turut menyaksikan sesi perbincangan strategik antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang yang diketuai oleh Encik Shahabuddin bin Haji Deraman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah, bersama wakil pihak pengurusan G Orange, Encik Rizal.

Menurut Encik Shahabuddin, lawatan ini amat penting bagi memastikan segala aspek persiapan berjalan lancar dan memenuhi objektif utama Hari Sukan Negara.
“HSN Gua Musang 2025 bukan sahaja menjadi medan untuk menggalakkan masyarakat bersukan, malah juga sebagai platform penyatuan komuniti melalui aktiviti riadah yang sihat dan menyeronokkan”.
Antara pengisian utama yang dirancang ialah pertandingan e-Sport, Fun Run, Fun Ride, pertandingan dart serta pameran agensi kerajaan. Penganjuran ini dijangka menarik penglibatan pelbagai peringkat umur, termasuk golongan belia, keluarga, serta warga emas yang sama-sama ingin menyokong gaya hidup aktif.

Wakil pengurusan G Orange, Encik Rizal, pula menyatakan komitmen penuh pihaknya dalam menyediakan fasiliti dan kemudahan terbaik bagi memastikan keselesaan peserta serta kelancaran program sepanjang acara berlangsung.

Hari Sukan Negara yang disambut setiap tahun secara serentak di seluruh negara merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membudayakan sukan dalam kehidupan seharian masyarakat. Peringkat daerah Gua Musang bakal menjadi salah satu lokasi tumpuan dengan pengisian aktiviti pelbagai segmen, sesuai dengan hasrat menjadikan sukan sebagai gaya hidup.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #rakanmuda #RakanAktif #janjipeluh #DSK #danasukankomuniti

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search