PERBINCANGAN SENAMAN WARGA EMAS AKTIF DAN PROGRAM RAKAN MUDA: MOBILISASI SATRIA (SOSIAL) SIRI 1 BERSAMA PAWE GUA MUSANG

GUA MUSANG, 7 September – Satu perbincangan awal telah diadakan antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang bersama Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Gua Musang bagi pelaksanaan Program Senaman Warga Emas Aktif serta Program Rakan Muda: Mobilisasi Satria (Sosial) Siri 1.

Pertubuhan PAWE Gua Musang yang ditubuhkan sebagai tempat perlindungan, penjagaan dan pusat aktiviti warga emas di daerah ini menjadi rakan strategik penting dalam memastikan kejayaan penganjuran program yang menyasarkan golongan berusia.

Menurut Encik Shahabuddin bin Haji Deraman, Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah, program ini akan dilaksanakan sepanjang bulan September hingga Oktober 2025, dengan pengisian aktiviti senaman, rekreasi sosial serta program interaktif bersama warga emas.

Pelaksanaan program ini bukan sahaja bertujuan memupuk gaya hidup sihat, tetapi juga sebagai platform memperkukuh hubungan sosial antara belia dan warga emas di daerah Gua Musang. Ia seiring dengan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat, khususnya warga emas, terus diberi perhatian dari aspek kesejahteraan fizikal, mental dan sosial.

Program ini dijangka memberi manfaat besar kepada komuniti setempat, selain menyemarakkan penglibatan belia dalam aktiviti kesukarelawanan sosial melalui Rakan Muda.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #rakanmuda #RakanAktif #janjipeluh #DSK #danasukankomuniti

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search