PROGRAM MALAYSIA AKTIF DAERAH PASIR PUTEH SIRI 4 KIBARKAN JALUR GEMILANG DI PUNCAK AIR TERJUN JERAM PASU

PASIR PUTEH, 7 SEPTEMBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pasir Puteh telah menganjurkan Program Malaysia Aktif Daerah Pasir Puteh (Mendaki) pada 27 Ogos 2025 bertempat di Jeram Pasu, Pasir Puteh. Aktiviti yang bermula seawal 8.00 pagi ini disertai seramai 50 orang anggota APM.

Program ini dimulakan dengan bacaan doa selamat dan ucapan suntikan semangat daripada Kapten (PA) Nik Mohd Nor bin Nik Mat, Pegawai APM Daerah Pasir Puteh yang sama-sama turun padang bersama anggota mendaki laluan lasak menuju ke kawasan air terjun.

Selain menguji ketahanan fizikal dan mental, program mendaki ini juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturrahim, memupuk disiplin serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan anggota. Pemandangan indah di puncak serta kesejukan air terjun Jeram Pasu menjadi hadiah berharga kepada seluruh peserta setelah penat mendaki.

Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya bukan sahaja sebagai aktiviti riadah sihat, malah sebagai wadah membina semangat setiakawan warga APM Pasir Puteh.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search