KEJOHANAN BOWLING ANJURAN KELAB BELIA MASJID AL-MUSTAQIM ALOR PASIR MERIAHKAN SEMANGAT UKHUWAH

Tanah Merah, 06 Sept 2025 – Kelab Belia Masjid Al-Mustaqim Alor Pasir telah berjaya menganjurkan satu Kejohanan Bowling yang bertujuan memupuk semangat ukhuwah dan memperkukuh hubungan silaturrahim dalam kalangan belia dan masyarakat setempat.

Kejohanan yang berlangsung dengan penuh kemeriahan itu berjaya menarik penyertaan seramai 100 orang peserta dari pelbagai latar belakang, mencerminkan semangat perpaduan dan kebersamaan yang tinggi. Acara ini bukan sahaja menjadi platform untuk bersukan, malah turut menjadi medan interaksi sosial yang sihat dan bermanfaat.

Turut hadir memeriahkan kejohanan ialah En. Ismafardi Bin Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, yang menyatakan sokongan terhadap usaha kelab belia dalam menganjurkan aktiviti yang mampu menyatukan komuniti. Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Penganjur berharap agar kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif membina masyarakat yang aktif, harmoni dan berdaya saing.

Disediakan oleh :
Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search