RAKAN MAHIR : SKILL FOR LIFE PERKASA BELIA LUAR BANDAR

KUALA KRAI, 13 SEPTEMBER 2025 – Rakan Mahir: Skills for Life telah berjaya memberi impak positif kepada belia luar bandar menerusi siri program ‘Servis Sendiri – Jom Belajar Tukar Minyak Hitam’ yang diadakan di Padang Awam Kampung Baru Kuala Nal.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dengan Kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai ini dilihat sebagai pemangkin kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran asas dalam kalangan peserta. Melalui bengkel praktikal ini, belia berjaya mempelajari cara menukar minyak hitam kenderaan mereka sendiri, sekali gus membantu mereka menjimatkan kos penyelenggaraan.
Selain memberi manfaat untuk kegunaan peribadi, kemahiran yang diperoleh peserta turut membuka peluang untuk menjana pendapatan sampingan. Mereka kini boleh menyediakan perkhidmatan kecil-kecilan di komuniti setempat, membantu meningkatkan ekonomi diri dan keluarga.

Program ini juga berperanan penting dalam memupuk keyakinan diri, sifat berdikari, serta gaya hidup yang lebih positif dalam kalangan belia. Ia turut menggalakkan budaya penjagaan kenderaan yang baik, demi keselamatan bersama di jalan raya.

Majlis penyampaian sijil penghargaan telah diadakan untuk mengiktiraf penglibatan rakan strategik utama. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh Encik Saipudin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, kepada Encik Abdul Wahid bin Ali, Pengurus Giat MARA, yang bertanggungjawab memastikan kelancaran dan kejayaan program ini.

Disediakan oleh : Urus setia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamKBS
#TeamJBSN
#SukanUntukSemua
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#RakanMuda
#YakinBoleh

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search