PANAHAN SEMANGAT MERDEKA

PASIR PUTEH, 4 SEPTEMBER 2025 – Pertandingan Memanah Program 1000 Liga Peringkat Daerah Pasir Puteh 2025 bermula seawal 8.00 pagi di Padang Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh. Pertandingan ini berjaya menarik penyertaan seramai 60 orang peserta dari seluruh daerah Pasir Puteh. Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan iaitu:

  Recurve Bawah 12 Tahun
  Recurve Bawah 15 Tahun
  Recurve Bawah 18 Tahun
  Barebow Open

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh yang turut hadir memberi sokongan kepada para peserta.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang, serta penghargaan buat semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan tinggi sepanjang pertandingan. Semoga melalui acara ini, semangat kesukanan dan kebersamaan terus subur, seiring dengan Hari Kebangsaan ke-68, membentuk generasi muda yang berdisiplin, berdaya saing dan cinta akan tanah air tercinta.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search