MAJLIS SOLAT HAJAT PROJEK CENDAWAN KUKUR SERIWARIS: PBSD MACHANG SOKONG INISIATIF AGROBELIA LESTARI

MACHANG, 3 SEPTEMBER 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah menghadiri Majlis Solat Hajat sempena permulaan Projek Penanaman Cendawan Kukur Seriwaris yang dilaksanakan oleh Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemunchup (Seriwaris). Majlis tersebut berlangsung dari jam 1.30 petang hingga 2.30 petang di tapak projek berkenaan pada 2 September 2025.

Kehadiran PBSD Machang diketuai oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, bersama dua orang staf PBSD Machang, sebagai tanda sokongan terhadap kejayaan Seriwaris dalam menerajui inisiatif di bawah program AGROBELIA Lestari anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Seriwaris merupakan salah satu daripada 10 persatuan belia dari seluruh Malaysia yang terpilih bagi melaksanakan projek di bawah inisiatif AGROBELIA Lestari. Projek ini memberi fokus kepada pembangunan kapasiti belia luar bandar melalui aktiviti pertanian moden yang berdaya saing dan lestari.

Majlis ini turut menjadi simbolik kepada permulaan fasa pelaksanaan projek yang dijangka akan memberikan impak ekonomi dan sosial kepada komuniti setempat, khususnya dalam memperkasa belia dengan kemahiran pertanian yang relevan dan bernilai tinggi.

PBSD Machang mengucapkan tahniah kepada Seriwaris atas pencapaian ini dan akan terus memberi sokongan teknikal dan pemantauan bagi memastikan kejayaan projek secara berterusan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search