MAJLIS BELIA JAJAHAN TANAH MERAH MERIAHKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-8 DI IGG RESORT KG BENDANG NYIOR

Tanah Merah, 01 Sept 2025 – Tanah Merah, 31 Ogos 2025 – Majlis Belia Jajahan Tanah Merah telah mengadakan satu sambutan Kemerdekaan ke-68 yang penuh bermakna dan meriah di IGG Resort, Kampung Bendang Nyior. Lokasi yang dipilih merupakan sebuah tapak perkhemahan yang baru, menawarkan suasana yang sangat menarik dan cantik, sesuai untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan belia.

Acara ini menyantuni golongan belia dengan pelbagai program menarik termasuk sesi BBQ dan aktiviti Combat Archery yang penuh aksi, menggalakkan semangat kesukanan dan kerjasama dalam suasana santai dan menyeronokkan. Program ini juga mendapat tajaan utama daripada Syarikat Sky Era, yang menjadi penyumbang penting bagi menjayakan majlis.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah En Ahmad Ridhwan bin Zazani, mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, serta En Mohd Hanif Fitri bin Mohd Sawadi, Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Tanah Merah. Kehadiran mereka memberikan sokongan padu dan motivasi kepada para belia untuk terus aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sukan.

Sambutan ini bukan sahaja menjadi medan meraikan kemerdekaan negara, malah menjadi ruang terbaik untuk memupuk semangat kesatuan, patriotisme dan jenama diri dalam kalangan anak muda Tanah Merah.

Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search