Program 1000 Liga Snooker 2025 Raih Respon Positif Dari Belia Tanah Merah

Tanah Merah, 01 Sept 2025 – Tanah Merah, 31 Ogos 2025 – Program 1000 Liga Snooker yang berlangsung pada 31 Ogos 2025 di Pusat Latihan Snooker dan Billiard KESBIM telah menarik sambutan luar biasa daripada golongan anak muda di daerah Tanah Merah. Kejohanan ini menjadi platform utama bagi para belia menunjukkan bakat dan minat yang mendalam terhadap sukan snooker.

Program yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dan Kelab Billiard Manal ini berjaya mengumpulkan peserta-peserta muda yang bersemangat tinggi. Acara tersebut turut diserikan dengan kehadiran En Ahmad Ridhwan bin Zazani, wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, yang memberi sokongan padu kepada inisiatif ini.

Kejohanan ini bukan sahaja menyediakan medan persaingan sihat, malah bertujuan memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh jaringan sosial dalam kalangan belia Tanah Merah. Program seperti ini diharap dapat diteruskan untuk menggalakkan lebih ramai anak muda aktif dalam sukan dan berpotensi mengharumkan nama daerah di peringkat yang lebih tinggi.

Disediakan oleh :
Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search