- JBS Kelantan
- Hits: 26
Rakan Ekspresi : Summer Camp Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2025 Gegar Pulau Perhentian!
- JBS Kelantan
- Hits: 26
Besut, 12 September 2025 – Laut biru, pantai putih, dan semangat anak muda membara! Lebih 100 belia berhimpun di Program Rakan Ekspresi Summer Camp Rakan Muda yang berlangsung di Tapak Perkhemahan Hentian, Majlis Daerah Besut, Teluk Keke, Pulau Perhentian – satu program penuh energi anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) telah berlangsung pada 9 - 11 September 2025.
Dengan konsep experiential learning, peserta bukan saja diuji ketahanan fizikal & mental melalui aktiviti ekstrem, malah diasah jati diri, disiplin, patriotisme dan nilai sahsiah unggul.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBS Negeri Kelantan, yang turut bersama-sama peserta sepanjang 3 hari 2 malam kem ini.
Turut hadir memberi sokongan ialah Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda JBSNK, semua Pegawai Rakan Muda Daerah seluruh negeri Kelantan serta kakitangan Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Objektif utama program:
Melahirkan belia aktif & sihat
Menjauhkan diri daripada gejala sosial
Mengisi masa lapang dengan aktiviti positif
Dari pagi hingga malam, suasana kem meriah dengan aktiviti kecergasan, eksplorasi alam (Snorkeling), kerohanian, motivasi, serta persembahan malam kebudayaan.
“Program ni memang gempak! Bukan sekadar aktiviti lasak, tapi kita belajar teamwork, kepimpinan dan cara kawal emosi,” kata seorang peserta dengan penuh semangat.
Summer Camp kali ini buktikan bahawa belia Kelantan berani mencabar diri, bersatu hati, dan kekal positif. Inilah gaya hidup belia MADANI – sihat, berilmu, berakhlak & berkarisma!
#TeamKBSTeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #SummerCampRakanMuda #rakanekpresi
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Di sediakan oleh :
URUSETIA PORTAL BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA, JBSN KELANTAN