- JBS Kelantan
- Hits: 27
Lawatan Tapak Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jeli 2025 Di UMK
- JBS Kelantan
- Hits: 27
JELI, 10 September 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah mengadakan lawatan tapak bagi sambutan Hari Sukan Negara peringkat Daerah Jeli bagi tahun 2025 di Univesiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli (UMK) pada hari ini 10 September 2025.
Lawatan tersebut telah dihadiri oleh YBrs. En. Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, YBrs En Mohamad bin Daud, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli dan turut dihadiri oleh wakil-wakil dari UMK Kampus Jeli.
Antara perkara utama yang dibincangkan semasa lawatan tersebut termasuklah penetapan lokasi, kemudahan yang ada, masa, senarai aktiviti serta atur cara bagi majlis perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jeli 2025, yang akan diadakan pada 11 Oktober 2025 dengan anggaran seramai 2,000 peserta akan terlibat.
Program ini dijangka menjadi acara kemuncak kepada program Fit Malaysia, Hari Sukan Negara (HSN) diilhamkan sebagai satu hari ikonik tahunan rakyat Malaysia yang akan dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bagi meraikan dan mengiktiraf penglibatan mereka dalam aktiviti sukan, seterusnya menjadikan ia sebagai satu gaya hidup di kalangan rakyat Malaysia. Sambutan HSN telah ditetapkan pelaksanaannya iaitu setiap hari Sabtu Minggu Kedua pada bulan Oktober setiap tahun.
Adalah menjadi harapan agar penganjuran HSN 2025 ini berjalan dengan lancar dan sempurna serta mendapat sokongan sepenuhnya dari semua lapisan masyarakat setempat.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh
#HannahYeoh
#AdamAdli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#KBSMalaysia