- JBS Kelantan
- Hits: 9
Pertandingan Catur 1000 Liga Peringkat Daerah Pasir Mas Tarik 120 Peserta
- JBS Kelantan
- Hits: 9
Pasir Mas, 7 September 2025 – Seramai 120 orang peserta telah menyertai Pertandingan Catur 1000 Liga Peringkat Daerah Pasir Mas yang telah berlangsung dengan meriah pada 6 September 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Budiman, Kolej Vokasional Pasir Mas.
Pertandingan ini mempertandingkan dua kategori utama iaitu Bawah 12 Tahun dan Kategori Terbuka (Rating Bawah 2000). Para peserta menunjukkan semangat juang dan strategi yang tinggi sepanjang pertandingan, menjadikan acara ini sebagai medan terbaik mencungkil bakat catur di peringkat akar umbi.
Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM100.00, medal, dan sijil penyertaan sebagai penghargaan atas pencapaian mereka.
Turut hadir memeriahkan dan memantau perjalanan pertandingan ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, yang sempat beramah mesra bersama ibu bapa dan peserta, serta memberikan sokongan moral kepada semua yang terlibat.
Program ini bukan sahaja memperkukuh budaya sukan intelek dalam kalangan belia, malah menjadi platform penting dalam membina jaringan komuniti yang aktif dan berdaya saing.
Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#rakanmuda
#RakanAktif #JanjiPeluh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia